Tuesday, February 15, 2011

Udang...

   Hari ni sekali lagi aku pegi mancing udang.Tak pernah jemu aku layan udang galah ni.Walaupun kadang-kadang hasilnya agak mengecewakan.Rekod kehadiran aku kat kolam udang Sg Puyu tu sangat cemerlang.Dah penuh 1 kad.Kad kedua pun dah ada 3 cop.
   Sebelum ni aku layan udang masa balik kg jer.Kat kolam dekat-dekat dengan Balai Bomba Sungai Besar.Kolam yang permai tu dimiliki oleh En Bob(nama betul dia aku tak tau dan tak pernah ambik tau pun).Setelah diracun oleh salah sorang sahabat aku kat kampung iaitu Shaiful Azwar a.k.a Sabdu.Ko punya pasal la ni bro.Aku dah jadi taik mancing udang dah.Hahahaha...
  Puas dah aku cari port nak mancing udang dalam kawasan Seberang Perai ni.Setakat ni baru jumpa 2 tempat jer.Sg Puyu dan Raja Uda.Tapi udang sini lain dengan udang kolam Bob.Sangat berbeza.Caj kat sini pun lebih mahal.Kolam bob jugak yang best.
   Lepas ni aku nak cuba berjinak-jinak mancing udang galah kat sungai pulak.Tak tau bila boleh pegi.peralatan pun belum ada lagi ni.Ada sape2 nak sponsor tak?hehehehe...

Jinggo kolam Bob paling besar pernah aku naikkan. 322 gram beratnya. Menang jackpot bulan November 2010. Dah takde sepit.






Jinggo setelah dibakar


  


                                                                                     Beraksi bersama dua                                ekor jinggo terbesar malam tu.

No comments:

Post a Comment