Tuesday, February 22, 2011

Typical day of work...

   Pagi ni aku masuk kerja agak lewat.Dah dekat pukul 9.30 pagi baru aku sampai kat tempat kerja..Malam tadi kena standby sampai pukul 2 pagi..Dekat-dekat pukul 2.30 baru aku sampai bilik...
  Tapi biasa la..Masuk kerja bukan terus pegi buat kerja..Aku tengok 'line clear' jer..Terus aku jumpa anggota tred aku yg paling senior..Aku mintak kebenaran nak pegi beli sarapan..Menu sarapan aku hari ni,nasi lemak sambal ayam dan sekeping roti telur..Orang tua selalu cakap..Orang tamak ni selalu rugi..Buktinya aku gagal habiskan roti telur yang aku beli lepas aku habiskan nasi lemak tu..Akibat terlalu ikut nafsu makan yang membuak-buak,aku rugi duit..huhuhuhu...
  Hari ni tak banyak buat keje berat..Cuma bantu anggota-anggota yang lebih senior buat kerja pembaikan pesawat..Cukup masa je aku 'slow2' berjalan keluar ke tempat 'parking' moto dan dengan selamba terus meninggalkan tempat kerja tanpa rasa bersalah..hehehe...

Friday, February 18, 2011

Balik kampung...

   Satu benda yang best nak dibuat...terutamanya bagi orang yang merantau untuk mencari rezeki macam aku...sentiasa ternanti-nanti waktu untuk balik ke kampung halaman.
   Hari ni buat kali yang kedua aku akan balik ke kampung menggunakan moto kapcai kesayanganku yang aku gelarkan Si Putih...Nak guna Si Hitam cukai jalan last day hari ni...belum sempat nak renew (dalam erti kata lain belum cukup modal.huhuhuhu)..Aku dah bersedia nak hadapi bebelan dari ahli keluargaku yang selama ni melarang aku balik kampung menggunakan kenderaan beroda dua...
   Kepada kawan-kawan dan sahabat handai yang mungkin membaca entri dalam blog aku ni,aku pohon agar kalian semua dapat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan aku sepanjang perjalanan aku ke kampung pada petang hari ni (Jumaat,18 Feb 2011)....

Tuesday, February 15, 2011

ZINA AKAN TERUS BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH DIIJABKABULKAN...

Sharing dari fb seorang sahabat..aku letak dalam blog untuk renungan semua...


BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...
HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI ALHAFIZ

"sampaikanlah hukum ALLAH walaupun sepotong ayat"



*Kalau ada fakta yang salah harap ada yang dapat betulkan.Sesungguhnya aku ni insan yangs erba kurang ilmunya.Harap boleh dapat bimbingan dari yang lebih alim.Sama2 kita kongsikan ilmu yang bermanfaat.Insya-Allah...

Udang...

   Hari ni sekali lagi aku pegi mancing udang.Tak pernah jemu aku layan udang galah ni.Walaupun kadang-kadang hasilnya agak mengecewakan.Rekod kehadiran aku kat kolam udang Sg Puyu tu sangat cemerlang.Dah penuh 1 kad.Kad kedua pun dah ada 3 cop.
   Sebelum ni aku layan udang masa balik kg jer.Kat kolam dekat-dekat dengan Balai Bomba Sungai Besar.Kolam yang permai tu dimiliki oleh En Bob(nama betul dia aku tak tau dan tak pernah ambik tau pun).Setelah diracun oleh salah sorang sahabat aku kat kampung iaitu Shaiful Azwar a.k.a Sabdu.Ko punya pasal la ni bro.Aku dah jadi taik mancing udang dah.Hahahaha...
  Puas dah aku cari port nak mancing udang dalam kawasan Seberang Perai ni.Setakat ni baru jumpa 2 tempat jer.Sg Puyu dan Raja Uda.Tapi udang sini lain dengan udang kolam Bob.Sangat berbeza.Caj kat sini pun lebih mahal.Kolam bob jugak yang best.
   Lepas ni aku nak cuba berjinak-jinak mancing udang galah kat sungai pulak.Tak tau bila boleh pegi.peralatan pun belum ada lagi ni.Ada sape2 nak sponsor tak?hehehehe...

Jinggo kolam Bob paling besar pernah aku naikkan. 322 gram beratnya. Menang jackpot bulan November 2010. Dah takde sepit.






Jinggo setelah dibakar


  


                                                                                     Beraksi bersama dua                                ekor jinggo terbesar malam tu.

Sunday, February 13, 2011

Kebosanan....

Hmm...bosan dah tahap maksima ni...tergerak hati lak nak tengok blog yang dah bersawang ni...hihihi...dah sebulan lebih tak terjenguk langsung...sibuk dengan macam-macam komitmen...
   Minggu lepas(04/02/2011) kakak aku dah selamat diijapkabulkan dengan pasangan hidupnya.Alhamdulillah semuanya dapat berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan pada mulanya.Dugaan datang dalam pelbagai bentuk.Rumah baru tak sempat siap.Kakak aku terkena gangguan dari makhluk yang tak boleh dilihat dengan mata kasar sampai batuk teruk.Setelah diselidik melalui pihak yang diberi sedikit kelebihan oleh Allah berkaitan hal-hal alam jin ni,didapati ada pihak yang tak senang hati dengan sedikit kebahagiaan yang keluarga aku kecapi.
   Cukup sedih.Sebab dalam zaman yang serba maju dan moden ni masih ada lagi orang yang bergantung harap pada musuh-musuh umat manusia yang nyata ni.Tak senang dengan rezeki yang Allah kurniakan pada orang lain.Cuba la usaha untuk majukan diri tu.Kot ye pun ada sifat dengki bersarang dalam diri tu,biarlah ianya dengki yang positif.Jadikan perangsang untuk berusaha dengan lebih gigih.Bukannya gunakan cara halus untuk 'menjatuhkan' orang lain.Supaya orang lain tak melebihi dia.
   Nasib baik la keluarga aku masih dikurniakan dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabat yang banyak membantu.Terima kasih dan jazakallah aku ucapkan untuk mereka.Semoga mereka dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah,berkat keikhlasan mereka membantu kelancaran kenduri walimah kakak aku tu.
masa berarak

bersanding

oit budak kecik.bulatnyer mata ko.(cute tak budak ni?)