Wednesday, October 27, 2010

Berita gembira...

Macam-macam berita gembira aku dapat dalam tempoh dua tiga hari kebelakangan ni...Projek rumah baru untuk keluarga aku berjalan dengan lancar...Syukur Alhamdulillah...Semoga projek tu dapat disiapkan sebelum majlis perkahwinan kakak aku bulan 12 nanti...
  Petang tadi aku dapat lagi satu berita gembira...berita yang dah lama aku dan ramai orang tunggu...Insya-Allah hari Sabtu ni family aku akan hantar rombongan merisik untuk calon pasangan hidup abang aku...Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar...

Friday, October 22, 2010

Teladan daripada kanak-kanak berusia 6 tahun...

Allah Maha Baik...

(perkongsian dari Perisai Mahkota)

Assalamu'alaikum...

penulisan ini skadar nk kongsi2 citer jer..jika ada sbarang bait2 ayat yg menyimpang dr ruang lingkup Aqidah & Syari'at, maka besarlah hati ini skiranya ada dr shbt yg sdia menegur.

Tengah duk lepak2 mngadap laptop (on9 fb...), tiba-tiba telinga ni trdengar prbualan adik idzni dgn akak.

Akak : Adik,.. adik takut x kt Allah?

Adik : x..

Akak : Bakpo adik dop takot kat Allah?

Adik : Sebab Dia Baik..

hehe...akhir kalam, smua snyum2 jer, termsuklah aku... (^_^)

TING!!! timbul point2 dlm benak..
cuba mnyimpulkan makne trsirat dr sebalik prbualan td...
~~~

1 - Subahanallah, pemikiran sorg budak 6tahun... Mampu mengingatkn kita bhw ALLAH itu Maha Baik. Dia m'beri kita makan, minum, pakai utk hidup... Dia m'beri kita tumbuhan, oksigen, air utk menyambung hayat.. Segalanya Dia curahkan shj pd kita...rahmat dan kasihNYA x mampu dihitung. Tp prsoalan yg timbul, apa pulak yg kita dh beri pd Allah? (soalan yg x perlukn jwpn...tp prlu sama2 kita fikirkan)

2 - Budak 6 tahun x takut pd Allah sbab Allah itu baik. itu pndangannya...kita terima.
Jadi, rupa2nye ramai org skg berfikiran spt budak 6thn walaupn diri dh smpai tahap 'rumah kata prgi, kubur kata mari'. Mrk sanggup mlanggar titah perintah Allah dan tegar brbuat dosa, krn beranggapan Allah akn mengampunkannya...
Sbg muslim yg mengerti ttg Sifat ALLAH, seharusnya kite x trlepas dr mengetahui sifat (nama2) Allah yg lain jugak sbg cntoh AL-JABBAR & AL-MUTAKABBIR... jgn ingat kta boleh mudah2 trlepas!

3 - Sebetulnya, kita tidak perlu takut pd ALLAH (...ssetengah pndapat), krn Allah itu maha Pemurah, maha Penyayang, maha Baik dsbgnya..
Maksud sbnar TAQWA bukan bererti 'takut'... mkna sbnar TAQWA adalah "buat apa yg Allah suruh dan tinggal apa yg dilarangNYA". dgn itu, utk jd muslim yg mukmin, kita seharusnya tidak takut pd Allah. Jika kita trus takut pd Allah tanpa asas ketakutan yg sbenar, akhirnya kita akn lari dr Allah. Yang spatutnya kita buat, kita hndaklah lari kpd Allah... fikirkan.


same2 lah praktikkan dlm kehidupan kite la yer...hihi (aku ni pndai ckp jer..diri hampeh..huh..)
penulisan ini adalah utk mengingatkn diri sndiri, dan yg slebihnya trpulang kpd shbt utk menerima @ tidak... Barakallahulakum...insyaALLAH.

PRINSIP ASAS DALAM MELAWAN HAWA NAFSU

(awas! artikel panjang.. sabarlah membacanya demi secebis ilmu)

Berikut tiga prinsip asas kaedah melawan nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia. Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:

i) Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.
Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa). Oleh sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun. Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.
Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain. Semua ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmu yang berkaitan dengan menjaga pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukhallaf.

ii) Membebankan nafsu itu dengan ibadah.
Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat. Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk ‘menyeksa’ nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu.
Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang bersumberkan al-Quran,  hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid). Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya,  bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan. Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.

iii) Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.
Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah. Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu). Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.
Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:
“Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini: “Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu.”

Banyak lagi doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah: “Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku.”

LANGKAH-LANGKAH JALAN MUJAHADAH

Langkah-langkah tersusun untuk melawan hawa nafsu seperti berikut:

i) Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.
Belajar mengenai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah (ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib. Kita mesti mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui sifat-sifat nafsu, angkara kejatannya dan bagaimana melawannya. Para ulama telah mempermudahkan ilmu-ilmu ini mengikut kategorinya tersendiri.

ii) Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.
Tidak cukup dengan mempunyai ilmu sahaja tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tidak ada keingininan yang kuat untuk mngamalkannya apabila diserang musuh? Ilmu bukan untuk pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih penting untuk diamalkan.

iii) Mempraktikkan ilmu.
Inilah tahap yang paling sukar tetapi inilah tahap yang paling penting. Perkara ini memerlukan satu iltizam yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu adalah juga yang disukai oleh diri kita sendiri. Ramai orang yang tahu sesuatu kebaikan tetapi masih malas melakukannya. Dan ramai yang tahu sesuatu kejahatan tetapi masih tega melakukannya.
Semua itu kerana mereka belum ‘mahu’, dan baru sekadar ‘tahu’. Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar manakala kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Dengan mempraktiokkan ilmu barulah ilmu yang bertapak di akal dapat dipasakkan ke dalam hati. Oleh sebab itu ‘tahu’ tempat letakkannya di akal tetapi ‘mahu’ itu letaknya di hati.

iv) Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.
Ramai juga orang yang telah tahu dan mahu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tetapi tidak lama, mereka berpatah semula ke belakang. Bak kata peribahasa Melayu sekadar “hangat-hangat tahi ayam”. Mereka tidak berdaya untuk konsisten (istiqamah) dalam kebenaran. Apa yang perlu ialah latihan yang berterusan agar tahap pengetahuan dan kemahuan itu diteruskan hingga ke tahap kemampuan.

Imam Ghazali berpesan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekali gus melainkan perlu ditahan secara bertahap-tahap. Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
“Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan (konsisten) sekalipun sedikit.”
“Alah bisa, tegal biasa,” begitulah nafsu yang jahat jika dilatih berterusan untuk melakukan kebaikan, akan terbiasalah nafsu itu dengan kebaikan dan kebajikan. Sampai ke tahap ini, nafsu itu akan menjadi tenaga penggerak atau kenderaan (kuda tunggangan) kepada manusia. Umpama, racun pada ular senduk – di situ ada racun, di situlah juga ada penawarnya. Sebab itu ditegaskan berkali-kali bahawa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.

Jika diuruskan dengan baik, nafsu akan membawa kepada kemajuan rohaniah dan material dalam kehidupan. Nafsu seks yang diurus melalui pernikahan yang sah, akan memberi ketenangan, keberkatan dan rahmat dalam diri suami dan isteri. Ia juga meneruskan kesinambungan zuriat yang akan menjadi tenaga penggerakan kepada pembangunan ummah. Begitu juga nafsu makan yang terurus, akan memberi tenaga untuk beribadah dan menyebabkan terbentuknya jaringan perniagaan, industri makanan, hub halal, inovasi dan teknologi makanan dalam bidang bioteknologi dan sebagainya.

Manusia yang dibekalkan dengan unsur nafsu inilah yang menjadi sebab mereka dilantik menjadi khalifah di muka bumi – bukan malaikat, kerana dengan nafsu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan yang bersendikan hukum Allah. Sebaliknya, malaikat tidak mempunyai potensi ini kerana mereka sepi daripada sebarang keinginan dan rangsangan. Namun, jika nafsu tidak terurus manusia akan jatuh ke tahap yang lebih hina daripada haiwan (makhluk nafsu tanpa akal).
Jangan menoleh ke belakang… tempuhlah jalan mujahadah. Itulah jalan yang penuh saadah (kebahagiaan). Walaupun itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah jalan yang paling mudah. Tidak ada jalan pintas!


sumber dr blog Genta Rasa

sumber : http://www.facebook.com/notes/perisai-mahkota/prinsip-asas-dalam-melawan-hawa-nafsu/160257870671882

Saatnya dirimu menjadi pemimpin yang berjuang keras

Sahabat, setiap manusia yang berdiri di bumi Allah ini, mempunyai potensi untuk memimpin dan mempengaruhi orang lain. Ingatlah apa yang dikatakan Rasul kita, setiap dirimu adalah pemimpin, apapun dirimu itu, baik dia sebagai kepala rumah tangga, ibu rumah tangga, pelayan – pelayan kita, apapun ia. 

Kadangkala apa yang kita lakukan, terasa kecil, tak berarti. Jangan berkecil hati sahabatku, bukankah gelombang yg besar itu berasal dari riak yang kecil? Riak – riak kecil itu akan memunculkan momentum besar dalam hidupmu, mampu membangun apa yang kita bisa lakukan saat ini. 

Mulailah dengan langkah kecil, perjalanan jauh dimulai oleh satu langkah kecil yang berat. Jangan biarkan orang lain menghalangi jalanmu, teruslah berjalan di jalanmu, jalan yang telah ditunjuki oleh Sang Penguasa Perjalanan. Ihdinash-shirathal mustaqim.

Jangan hiraukan cemoohan orang lain, kelak mereka akan mengikuti langkah-langkahmu. Jangan pernah menyerah. 

Kesuksesan, terlihat bagai fatamorgana, dimana masalah-masalah besar yang memicu kesuksesan banyak ditinggalkan orang. 

Ketakutan untuk berbuat membuat kita menjadi kecil. Berlarilah, kejarlah rasa takut itu, rangkul ia, jangan kau hindari. Disisi lain dalam kehidupanmu, ketakutan terbesar akan menyertai kehidupanmu yang paling gemilang. 

Tetaplah tegak berdiri, raihlah istanamu, mainkan permainan hidupmu yang telah menjadi amanah untukmu. 

Ambil resiko, setiap apa yang kamu kerjakan menanggung segala resiko. Melompatlah, dan keberhasilan pun akan muncul. 

Tumbuh kembangkan sifat husnudzan, berfikir positif. Apa yang kita fikirkan, maka itulah yg akan terjadi. Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil“. (HR Bukhari). 

Berharaplah, dengan pengharapan yang besar. Rasakan apa yang kamu harapkan akan karunia Allah. Dan yakini bahwa karunia Allah akan selalu menghampirimu, dan capailah apa yang kamu harapkan. Apapun yang kamu harapkan, berlarilah, kejarlah untuk mewujudkan hal itu. Dream come true dan kamu akan menginspirasi orang lain. 

Ulurkan tanganmu, penuhi relung-relung hatimu dengan sejuta kepedulian kepada sesamamu, jangan ragu kau ulurkan tanganmu, belai mereka dengan segala kelembutan, dengan perilakumu yang baik. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. 

Ketika seorang anak adam melakukan sesuatu yang bagus, maka kamu akan membuat dua orang berbahagia, kamu dan orang yg kamu perlakukan dengan baik. Jadikan dirimu hamba Allah yang dilihat karena peran positifmu, lakukan perubahan atas apa yang ingin kamu lakukan di dunia ini, membuat sesuatu yang berbeda. 

Sekarang…. Saatnya dirimu menjadi pemimpin yang berjuang keras. 
Dipati Ukur Bandung



Sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=436875245567 (tribute to Mutiara Hikmah)

Sekarung Gandum di Punggung Khalifah

Kamu tidak memikul tanggungjawab sedikit pun terhadap perbuatan mereka dan mereka pun tidak memikul tanggungjawab sedikit pun terhadap perbuatanmu, yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka, (sehingga kamu termasuk orang-orang yang zalim). (QS. Al-An’aam (6) : 52)

Malam belum beranjak jauh. Dari sebuah rumah yang nyaris rubuh terdengar tangisan seorang anak yang begitu menyayat hati. Suara seorang bocah yang menangis entah karena apa.

Seorang laki-laki tak dikenal merapat ke tepi jendela rumah sederhana dan kumuh itu. Suara tangisan itu mengetuk hatinya untuk memahami apa yang sesungguhnya terjadi.

Laki-laki asing itu kini tahu bahwa si anak menangis karena kelaparan, sedangkan ibunya tak memiliki sedikit pun makanan. ”Diamlah anakku sayang, ibu sedang memasak untuk makan malammu. Kita akan makan bersama kalau makanan ini sudah matang,” ujar si ibu.

Namun laki-laki di dekat jendela itu sangat kaget, karena yang sesungguhnya dimasak si ibu  adalah bebatuan. Si ibu berpura-pura memasak makanan, dengan harapan anaknya akan tertidur karena kelelahan menunggu. Itulah satu-satunya cara yang bisa ia lakukan untuk menenangkan dan menghibur sang buah hati dari rasa lapar.

Sambil mengaduk batu, sang ibu pun bergumam, ”Alangkah enaknya hidup menjadi seorang khalifah tak pernah merasakan kesusahan sebagaimana yang dialami rakyatnya. Bahkan khalifah tak pernah tahu ada rakyatnya yang kelaparan.”

Suara wanita tersebut terdengar menyebut-nyebut nama khalifah dengan nada kesal. Mendengar semua itu, laki-laki yang ada di tepi jendela itu tiba-tiba mengucurkan air mata. Dialah orang yang tengah diceritakan wanita itu, Khalifah Umar bin Khattab, pimpinan tertinggi negeri.

Ia pun pergi meninggalkan rumah itu menuju ke gudang makanan yang ada di kota, dan mengambil sekarung bahan makanan. Ia kemudian memanggul karung makanan tersebut untuk diberikan kepada keluarga yang sedang kelaparan itu.

Ketika seorang pegawainya menawarkan untuk memanggulkan karung tersebut, khalifah serta-merta menolaknya. Menurut khalifah sungguh tak pantas seorang pemimpin menyuruh bawahannya mengerjakan hal yang sebenarnya masih bisa dilakukannya. Khalifah Umar justru balik bertanya, ”Beranikah kamu menggantikan memanggul tanggungjawabku di akhirat kelak?”

Tak hanya memanggul bahan makanan, Khalifah Umar pun memasakkannya dan menemani keluarga itu makan malam. Sebelum pamit pulang, khalifah masih sempat menghibur sang anak hingga tertidur pulas. Sampai Khalifah Umar pulang, keluarga itu tak pernah tahu bahwa yang datang memanggul karung dan mempersiapkan makanan buat mereka malam itu adalah Khalifah Umar bin Khattab. 
(Cuplikan buku "Bangkit dengan 7 Budi Utama: Kumpulan Kisah Spiritual Penggugah Motivasi oleh Ary Ginanjar Agustian)

P/S:Sesungguhnya amat sukar untuk mencari pemimpin hari ini yang sanggup melakukan seperti mana yang telah dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab.Sama-samalah kita renungkan dan ambil pengajaran dari kisah di atas..

Sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=475420195567 (tribute to Mutiara Hikmah)

Thursday, October 21, 2010

10 peraturan bapa kepada teman lelaki anak perempuannya...

Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg sengaja menakutkan, Bapak Kepada Gf ko.

sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=151917218176926

Wednesday, October 20, 2010

link baru

aku terjumpa link ni masa baru lo-in facebook aku..nampak macam menarik...sama-sama la kita tengok betul ke tak benda ni:

http://www.paybox.me/r/budakkaren


P/S:copy and paste link ni pada address bar 'new tab' atau 'new page'....

kisah 'malaikat kecil'

kisah ni aku kongsi dari note salah seorang user facebook...sangat bermanfaat untuk dijadikan renungan bersama..kisah ketabahan seorang kanak-kanak untuk tetap keluar berdakwah di kala keadaan cuaca semacam tidak mengizinkan...

'malaikat kecil'


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” . Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.

Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.Namun keadaan di situ lengang.Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.

Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,

“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,

“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”. Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini.

Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.

Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.” Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.

Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.

“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini. 

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.

Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana

“malaikat kecil” itu sedang duduk.Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.

Inilah satu peristiwa..Terima kasih kerana membaca kisah ini.Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja.Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain.

Sila kongsi kisah menarik ini.

Tuesday, October 19, 2010

Cara baru untuk perangkap mangsa rogol

Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan

P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.

sumber :  http://www.facebook.com/syahiruldotcom?v=wall#!/note.php?note_id=153516768016971
               http://www.facebook.com/note.php?note_id=237968699335&id=100000024868474

Cubaan pertama

Sekadar mencuba...nak jadikan aktiviti baru di masa lapang...konon-konon nak kurangkan aktiviti di luar...yang biasanya boleh merabakkan poket yang dah sedia rabak ni..
  Hmm..bila la result exam RAE aku nak keluar ni...dah tak sabar aku nak tahu keputusannya..entah lulus ke tak...kalau lulus alhamdulillah...kalau tak lulus gamaknya bakal kopak rm50 lagi la...kalau lulus,boleh la fikir-fikir mana nak cari modal nak beli handy set...