Wednesday, March 30, 2011

Mendidik anak untuk solat

**Sharing dari Wardina Safiyyah Official Page tentang kisah beliau mendidik anaknya untuk solat....


Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....

Friday, March 11, 2011

Jawatan Kosong

Pemohon adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan...

Makmum Solat Berjemaah Lima Waktu


  • PENDAPATAN LUMAYAN=27 Kali Ganda Pahala x 5 sehari/semalam
  • ELAUN PERJALANAN = 1 Langkah ke Masjid/Surau = 1 Pahala dan Terlepas 1 Dosa
  • BONUS BULANAN/MINGGUAN= Khutbah Jumaat, Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh
Kelayakan

  • Baligh
  • Lelaki / Perempuan
  • Tidak Gila dan Uzur Syari'e
Hadir Temuduga

  • Di Masjid dan Surau berdekatan kediaman/tempat kerja anda
  • WAKTU/MASA : Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'.
Tarikh Tutup Temuduga
  • SEBELUM MATI ATAU TIBA HARI KIAMAT

Sudah Baca Jangan Ketawa
Tapi Fikirlah Sentiasa
Jawatan Kosong Ada Di Mana-mana
Bila Diperoleh Dapatlah Gaji Dan Boleh Dibelanja
Tapi Ingatlah Wahai Saudara
Jawatan Kosong Ini 
Tidaklah Dapat Dikecapi
Bagi Orang Yang Tidak Tahu Menghargai

Kata-kata Hukamak " KALAU KITA HENDAK MENGENALI SIKAP SESEORANG PENDUDUK KAMPUNG ITU, MAKA LIHATLAH MASJIDNYA. JIKA MASJIDNYA PENUH TERISI MAKA ITULAH AKHLAKNYA. JIKA TIDAK MAKA ITULAH AKHLAKNYA."

*Disalin daripada risalah hari Jumaat terbitan Unit Dakwah Masjid Daerah Seberang Perai Utara

4 Perkara Punca Hilangnya Maruah Sesebuah Masyarakat

   Pagi ni ada sedikit petikan daripada ceramah yang aku dengar malam tadi yang aku nak kongsikan dengan semua orang. Harap-harap ianya dapat memberi manfaat kepada semua.

4 PERKARA PENYEBAB HILANGNYA MARUAH SESEBUAH MASYARAKAT.

1. Berpegang dengan fahaman sekular.
    -Iaitu apabila sesebuah masyarakat itu memisahkan aspek agama dari kehidupan harian mereka. Sebagai contoh,bila ke masjid untuk bersolat,mereka akan beribadah dengan begitu bersungguh-sungguh tetapi apabila mereka keluar sahaja dari masjid, mereka berbuat seolah-olah seperti tiada apa-apa yang mengawal perlakuan mereka.

2. Terlalu asyik dengan keseronokan dunia.
    -Mengutamakan hiburan yang melalaikan sahaja hingga lalai dari menunaikan tanggungjawab yang lebih utama iaitu tanggungjawab pada Allah.

3. Melakukan sesuatu amalan dengan riak.
    -Mereka menunaikan ibadah dengan begitu tekun. Namun begitu,semuanya dilakukan bukan kerana mengharapkan keredhaan Allah tetapi kerana mengharapkan pujian dari orang di sekeliling mereka. Maka dengan itu sia-sialah sahaja amalan-amalan tersebut. 

4. Memilih pemimpin di kalangan mereka yang jahil tentang agama.
    -Menjadi pemimpin sesebuah masyarakat merupakan suatu tanggungjawab yang amat berat. Memilih seseorang pemimpin juga perlu dilakukan dengan teliti. Tepuk dada,tanyalah iman,bukan tanya selera.


*Tribute to Ustaz Abu Bakar Bakhilani bin Abu Hassan. Terima kasih dan jazakallah di atas perkongsian ilmu yang telah anda sampaikan malam tadi.

**Sekiranya ada kesilapan fakta atau isi cebisan ilmu ini,diharap ada pihak yang sudi memberikan teguran. Insya-Allah kita sama-sama berkongsi secebis dari ilmu yang Allah berikan ini...