Sunday, February 13, 2011

Kebosanan....

Hmm...bosan dah tahap maksima ni...tergerak hati lak nak tengok blog yang dah bersawang ni...hihihi...dah sebulan lebih tak terjenguk langsung...sibuk dengan macam-macam komitmen...
   Minggu lepas(04/02/2011) kakak aku dah selamat diijapkabulkan dengan pasangan hidupnya.Alhamdulillah semuanya dapat berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan pada mulanya.Dugaan datang dalam pelbagai bentuk.Rumah baru tak sempat siap.Kakak aku terkena gangguan dari makhluk yang tak boleh dilihat dengan mata kasar sampai batuk teruk.Setelah diselidik melalui pihak yang diberi sedikit kelebihan oleh Allah berkaitan hal-hal alam jin ni,didapati ada pihak yang tak senang hati dengan sedikit kebahagiaan yang keluarga aku kecapi.
   Cukup sedih.Sebab dalam zaman yang serba maju dan moden ni masih ada lagi orang yang bergantung harap pada musuh-musuh umat manusia yang nyata ni.Tak senang dengan rezeki yang Allah kurniakan pada orang lain.Cuba la usaha untuk majukan diri tu.Kot ye pun ada sifat dengki bersarang dalam diri tu,biarlah ianya dengki yang positif.Jadikan perangsang untuk berusaha dengan lebih gigih.Bukannya gunakan cara halus untuk 'menjatuhkan' orang lain.Supaya orang lain tak melebihi dia.
   Nasib baik la keluarga aku masih dikurniakan dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabat yang banyak membantu.Terima kasih dan jazakallah aku ucapkan untuk mereka.Semoga mereka dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah,berkat keikhlasan mereka membantu kelancaran kenduri walimah kakak aku tu.
masa berarak

bersanding

oit budak kecik.bulatnyer mata ko.(cute tak budak ni?)
 

No comments:

Post a Comment