Friday, February 18, 2011

Balik kampung...

   Satu benda yang best nak dibuat...terutamanya bagi orang yang merantau untuk mencari rezeki macam aku...sentiasa ternanti-nanti waktu untuk balik ke kampung halaman.
   Hari ni buat kali yang kedua aku akan balik ke kampung menggunakan moto kapcai kesayanganku yang aku gelarkan Si Putih...Nak guna Si Hitam cukai jalan last day hari ni...belum sempat nak renew (dalam erti kata lain belum cukup modal.huhuhuhu)..Aku dah bersedia nak hadapi bebelan dari ahli keluargaku yang selama ni melarang aku balik kampung menggunakan kenderaan beroda dua...
   Kepada kawan-kawan dan sahabat handai yang mungkin membaca entri dalam blog aku ni,aku pohon agar kalian semua dapat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan aku sepanjang perjalanan aku ke kampung pada petang hari ni (Jumaat,18 Feb 2011)....

No comments:

Post a Comment