Friday, March 11, 2011

4 Perkara Punca Hilangnya Maruah Sesebuah Masyarakat

   Pagi ni ada sedikit petikan daripada ceramah yang aku dengar malam tadi yang aku nak kongsikan dengan semua orang. Harap-harap ianya dapat memberi manfaat kepada semua.

4 PERKARA PENYEBAB HILANGNYA MARUAH SESEBUAH MASYARAKAT.

1. Berpegang dengan fahaman sekular.
    -Iaitu apabila sesebuah masyarakat itu memisahkan aspek agama dari kehidupan harian mereka. Sebagai contoh,bila ke masjid untuk bersolat,mereka akan beribadah dengan begitu bersungguh-sungguh tetapi apabila mereka keluar sahaja dari masjid, mereka berbuat seolah-olah seperti tiada apa-apa yang mengawal perlakuan mereka.

2. Terlalu asyik dengan keseronokan dunia.
    -Mengutamakan hiburan yang melalaikan sahaja hingga lalai dari menunaikan tanggungjawab yang lebih utama iaitu tanggungjawab pada Allah.

3. Melakukan sesuatu amalan dengan riak.
    -Mereka menunaikan ibadah dengan begitu tekun. Namun begitu,semuanya dilakukan bukan kerana mengharapkan keredhaan Allah tetapi kerana mengharapkan pujian dari orang di sekeliling mereka. Maka dengan itu sia-sialah sahaja amalan-amalan tersebut. 

4. Memilih pemimpin di kalangan mereka yang jahil tentang agama.
    -Menjadi pemimpin sesebuah masyarakat merupakan suatu tanggungjawab yang amat berat. Memilih seseorang pemimpin juga perlu dilakukan dengan teliti. Tepuk dada,tanyalah iman,bukan tanya selera.


*Tribute to Ustaz Abu Bakar Bakhilani bin Abu Hassan. Terima kasih dan jazakallah di atas perkongsian ilmu yang telah anda sampaikan malam tadi.

**Sekiranya ada kesilapan fakta atau isi cebisan ilmu ini,diharap ada pihak yang sudi memberikan teguran. Insya-Allah kita sama-sama berkongsi secebis dari ilmu yang Allah berikan ini...

No comments:

Post a Comment